Tuesday 13 September 2011

Sedikit Renungan untuk aku sbenarnya jugak...





salam n selamat petang... sekian lama ibu menghilangkan diri tanpa sebarang coretan untuk disimpan dikotak minda ini... rindu semakin memberontak untuk melakar garis kehidupan yang menjalar disetiap penjuru kehidupan ibu sepanjang hari... namun tahap kemalasan x mampu ibu menyangkal untuk terus berada disini...
tetapi arini ibu tertarik dengan coretan teman alamaya tanpa pengetahuan tuan punya belog... ibu terasa ingin melakarkannya disini... kerana ibu rasa sedikit sebanyak ada kena mengena ngan diri ibu...

"Kawan saya ni selalu mengukur kehebatan seseorang pada harta dunia. Pada dia, kalau orang tu boleh keliling dunia, boleh pakai barang mahal-mahal .. dia akan cakap "bestnya dia". Saya selalu 'motivate' dia. Saya selalu cakap .. Kau pun hebat dan best jugak .. punya anak, punya keluarga, punya visi dan misi untuk mereka-mereka. Kau ada kelebihan kau yang tersendiri. Dia ada kelebihan dia. Lain orang, lain tujuan dan matlamat .. lain 'satisfaction'nya .. lain untungnya. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Tuhan sayang semua hambaNya. Kau lebih kat sini .. kau kurang kat sana. Tapi kekurangan itu tidak mencacatkan kehidupan engkau, kawan. Kerana sebenarnya yang kau idam-idamkan itu bukanlah keperluan .. tapi kehendak semata-mata. Belajarlah bersyukur, Kawan. InsyAllah tenang jiwa"

Nasihat kawannya itu begitu membuatkan ibu teruja kerana faham akan gelora yang melanda akan sahabatnya itu... akan kekurangan sahabatnya.. setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2... manusia ini tidak semuanya sempurna tetapi ketidaksempurnaan tersebut boleh ditutupi dengan sedikit kelebihan yang diperolehi... Bila kita menaiki kereta lihatlah org yg menunggang motor, bila kita menunggang motor lihatlah orang yang berbasikal, bila kita berbasikal lihatlah orang yg berjalan kaki...TAPI bila kita berjalan kaki ingatlah bahawa ada orang yang tak mempunyai kaki pun untuk berjalan.... janganlah kita membandingkan kekurangan kita dgn orang yang lebih dari kita sebaliknya kita perlihatkan dengan owang yang lebih kurang daripada kita... kerana dari situ kita akan lebih bersyukur dengan setiap nikmat kurniaan pemberian dari-Nya... Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi... Langit tidak selalu cerah... Hidup tidak sentiasa indah... Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur... Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…Perghhhh!!! ayat ibu pun dah disulami ngan ayat2 chinta gitu...kenkadang ibu selalu jgk berfikiran seperti kawannyer itu... tapi... "Untuk apa perlu mencari kesempurnaan jika diri juga tidak sempurna. Mengapa perlu mencari kejujuran jika diri juga tak pernah jujur. Kita tak perlu mencari seseorang insan yang sempurna untuk menjadi TEMAN, Cukuplah mempunyai seorang TEMAN yang menjadikan kita cukup sempurna bila bersamanya..."

Sesungguhnya Allah tidak pernah berhenti daripada memberi kita rezeki kerana dia akan tetap memberi walaupun kita tidak pernah mengucapkan TERIMA KASIH... btoi tak!!!!...  cuma kita yang tidak pernah pandai mempergunakan setiap pemberiannya dengan nikmat kesyukuran...


1 comment:

Salina@IbuAqil said...

Betul!!!!!! Kita sokong!!! SEMPURNA itu hanya milik Allah swt.. ;) Dan apa yg ada pada kita mahupun mereka mereka & mereka itu juga milik Allah swt.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...