Monday 24 October 2011

ARINI TERPAKSA EL...




Alahai rini ibu terpaksa ambil EL... sbenornya sayang nak ambik cuti... cuti ibu pun dah nak abis... ermmmm... 
klu nak suh ayah ambik cuti payah plak... ibu plak rungsing plak nnti ayah asyik tepon ibu... lebih baik ler ibu ambik cuti untuk ari permulaan nie... biarlah tgn ibu yang merawat penyakit anak ibu itu dipermulaan serangan... owang kata sebelum mjadi parah baik kita ambil langkah berhati2... supaya penyakit x smakin melarat... 

Tapi anak ibu nie mmg kuat... perangai siapa ler yg diwarisi olehnya... siapakah lagi ler... smua segala GEN ayahnya melekat kat anak ibu nie... tapi alhamdulillah... ibu bersyukur sgt... dah nampak perubahan pada diri anak ibu nie... tak sia2 ibu ambik cuti arini... 

Tapi cian plak kat Cik Pn. Sally ibu tu... mana taknya... dahler x sihat terpaksa plak pikul sparuh daripada tnggungjawab ibu kat pjbt tu... ibu suruh buat yang urgent jer... maksud ibu klu ada pergerakan dan cuti pegawai jer... yat len tu x pyah dok tgok... bikin sakit Cik Puan Sally ibu bertambah plak... dah ler baru bangun dari demam... terpaksa plak berhadapan ngan TANGGUNGJAWAB owang len plak... x sampai hati plak ibu biler dok kenangkan keadaan dier skang nie... klu ikut yang wat bhg kitorang nie ada 4 orang tapi dier sorang jer yang boleh ibu mtak tolong... yat len tu smuanya bermuka2 jer... ibu x suker... x suker... pasai yang buat mykad tu patutnya keje nie ibu kena settle kn ngan en. amir tapi dier wat tatau jer... padahal melibatkan insp. jugak... teramat benci... benci... dan benci...nnti klu dah dapat dari daerah... trus ibu nak bagi kat dier jer... keje dier dah ckup snang sgt dah.... daerah dah key-in cuti dalam hrmis... rasa dah x byk nak masuk cuti... ibu punya lagi melambak nak masuk cuti dalam HRMIS... entah biler ler ibu bleh nak sentuh cuti tu... x buat takut plak pegawai call tanya pasai balance cuti tnggal baper?... GCR ada baper?... sapa nak jawab???... aku jugak!!!!...

Cik Pn. Sally.... 
ibu mintak maaf untuk arini nyeh... 
n ujung bulan 11 nie pun ibu nak mtak maaf awal2 jugak kerana terpaksa menyusahkan cik pn sally lagi.... 
meh pandang putera ibu nie... 
kasi sikit cair ati U tu... 
huhuhuhu...

tomei tak saya!!! nyehhhhh!!!!
mama kata saya tomei... muaahhhh... opahhhhh!!!! hihihihi...




Thursday 20 October 2011

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU...?




Nikmatilah Percintaan itu... dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~

Satu ketika kau bertanya..
.......................
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia
.........................
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya
..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
............................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..
............................
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar
.............................

sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)
.............................
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..
...............................
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang
Satu ketika aku menjawab...
"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"
Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..
................................
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?
.................................
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..
Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu
Sudikah kamu wahai .....................?
Aku percaya..kau masih sudi..
"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"See more



Wednesday 19 October 2011

BILA PEREMPUAN MENANGIS


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan ...menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda....
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...



Tuesday 18 October 2011

DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU...





Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ...ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah seksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak ada masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita diseksa Allah.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
***Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang jadi ibu-ibu jangan jatuhkan air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
Anak.
Ibu.
Suami.

Sebagai selingan kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka laki kita ketika dia tidur. Kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua, maksudnya jodoh dah memang tak ada, jadi boleh proceed apa yang patut..

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya..kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun sudah memadai.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal".
"Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
***Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Kalau ditimpa sakit, bacalah Innalillahiwainnaillaihirojjiu
n, selepas itu bicaralah dengan Allah.
"Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
"Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Walau suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

***Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada.

***Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit. Pergi ke pusara emak kita dan cakap: "Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin, kan?" atau "bapa, saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam kepada mereka.

Tanda tanda seksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping selalu sparekan duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagilah duit sebab kita nak cari orang susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang dan tak ada masa, jadi Allah hantarkan orang-orang susah ini untuk kita dapatkan pahala!

***Jika emak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila emak kita dah tak ada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

***Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyuk. Ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui kasih sayang/ harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / amalan / sentuhan.

Tanda-tanda terkena saka:
Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
Susah nak dapat anak, senang keguguran.
Ada rasa kelibat orang lalu.
Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tetapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakaplah sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit saka adalah kanser payudara, kanser rahim dan kanser tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang daripada syaitan adalah kanser, aids dan leukemia.

Kalau ibu kita sakit dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas "Qulhuwallahuahad…" 1000x sehari.

Anak Degil
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon daripada orang yang dah cuba sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalau kita nak anak senang bangun ke sekolah.




Friday 14 October 2011

kampungku...





Toinggg... Toingggg... terbang kat sini kejap...
curi masa ckit tuk citer sebabak
windu bangat ....
meh ibu nak citer pasal perjalanan ibu masa blik kg ritu...
perjalanan yang x sepanjang perjalanan ibu nak balik ke keratong...


tengokler jalannyer camner?...
kecik...




jenuh ibu nak handle... berselisih ngan kete lain...
selalunya dok sebelah jer...

umah saper nie?...
iniler umah pah ngan arwah atok...

dah tinggal sebahagian jer umah nyer tu...
yang bahagian dapur abis diruntuhkan...
terbiar jer kan...
Abis?... sapa nak duduk?..
anak2 n cucu2 mana nak duduk kat situkan...
so.... terbiar... lesu....
bila tgok umah nie teringat masa ibu zaman kanak satu masa dulu...
rasa cam seronok nyer...
setahun 2 kali balik kampung... rasa teruja jer...
pegi ikut arwah atok n opah pi motong getah...
dok libas sana dok libas sini...
x pasan kat tempat libasan tu ada tebuan...
aiiii... smiggu demam... badan plak penuh ngan gigitan tebuan...serik beb!!!
beseler zaman kanak2... bila dok kenang mmg boleh bt ibu tersengih sendiri...

meh layan plak pica putera n puteri ibu yang comel nie...
aiyaaaa!!!! tomei tak kami????
mestilah... kamikan anak2 ibu... huhuhuhuu
overnya ibu nie...hihihih...
sekarang kak long mmg kuat nyerongeh...
pantang diambil gambo...
mesti camgitu gambo nyer...
tapi kan... korang smua pasan x?...
mata dier... biler bergambo mesti terpejam?...
macam saper nyehhhh?...
Eiiiiccchhhh!!!! anak saper ler nie?...

adik mmg suka cover...
tapi biler dier cenyummmm...
buat hatiku cair...
tapi jangan bagi dier nangis...
bikin hati ibu bertambah angin...
beseler adik mmg suka meregek...




Wednesday 12 October 2011

Sambutan Ari Jadi kak Long Yang X menjadi!!!!




Ari isnin mggu lepas pakat ngan mok su... apply cuti...
kunun2 nak duduk umah... n nak settle apa yg ptt...
alih2 terpaksa meredah ke kampung setelah mendpt berita
tentang kematian keluarga terdekat kami....
dan baru jer nak smpai di rumah tersebut kami mendapat lagi satu
berita yang kurang menyenangkan juga difikiran... 
mak saudara ibu pula telah kembali kerahmatullah.. bertimpa2 pula...
itu sudah janji mereka...
dah tersurat pula ngan program kami yang kebetulan mengambil cuti pada hari n waktu yang sama...
smua macam dirancangkan?... so x der la yang merumitkan...
ikutkan aritu ibu nak sambut birthday anak ibu kat taska...
punyalah dah planning mcm2...
seb bek puteri ibu nie tak banyak ragam n mendesak...
 disamping barang2 yg nak diberi kat kengkawan kak long...

 tapi kak long tetap tersenyum...
 sebab apa?..sebabnyer...
kak long pun ikut sekali balik kampung... hihihihi..

 Harap maap ... gambo agak blurrrr!!!
beseler pakai henpon cap ayam jer...
x mampu nak bli yat canggih manggihhh...


Tema ANGRY BIRD!!!
oyoooo... Burung sudah naik marah!!..


kay ler nnti ibu citer perjalanan ibu ke kampung ibu... tempat tumpahnya darahku... ngaku jer...
cuma bila kita dh dibesarkan kat tempat lain dengan jangkamasa yg agak lama...
hingga meletakkan ibu sebagai hak kerakyatan negeri pahang... huhuhu... overnyer...


Tuesday 11 October 2011

line tenet kat opis nie asyik wat hal jer...




Salam... Windu plak ibu nak bebel pepagi nie...
lama sangat aktiviti berblog ibu tertunda...
Niat nak wat entry mmg ada... bila buka pepagi...
peh tu cibuk dok belek2 fail trus xder mood nak membebel kat cni..
ruangan teratak kaseh kami...
ngan macam gelagat manusia... keje smakin ari smakin myesak...
ada jer mslah... x kat cni kat situ plak...
buhsan gak klu tiap2 ari terpaksa berhadapan ngan keadaan sebegini rupa...
cukup membuhsankan n memenatkan...
terlalu banyak bermain ngan akal n perasaan..
kt pjbat camni plak... kat umah camtu plak...
penat teramat sangat...
kadang dah planning nak cuti... ada plak musibah len...
takdir tuhan, tiada siapa yang dapat menyangkalnya...
terpaksa batalkan cuti plak...
entah biler ler ibu leh bercuti ngan keadaan yang tenang tanpa gangguan...
cam owang len... leh happy2...
itu pasal ler biler ibu tengok kat dalam sistem HRMIS...
ibu jadi marah tanpa haluan...
klu keadaan sedemikian jadi pada mereka2 itu...
mereka jugak tahu marahkan... seperti ibu...
perasaan itu tetap ada dan akan tetap ada walaupun ia hanya terkutil diperasaan...
kerana x terlepas coz hanya mereka yang merasai sahaja rasa apa yg mereka rasai...
kenapa.. mengapa... tiada sesiapa yang mampu mjawabnya...
terlalu naifnya mereka mentafsirnya hati n perasaan owang yg teraniya itu...
sedih n pilu kembali bermaharajarela diteratak hati ibu...
semakin jelas ibu rasakan pabila hampir setengah tahun masih berkeadaan sedemikian rupa...
tiada perubahan... yang berubahnya tahap hati ibu tercalar balar dek seranah owang sahaja...
wajarkah hukuman itu ibu galas sedangkan status ibu masih kabur...
tatau arah tuju... kejamkah manusia itu... membuatkan ibu menabur kasih pada yang x sudi...
mengharapkan ia bercambah menjadi bunga yang cantek berseri sedangkan taburan baja tidak mengena pada sasarannya... hipokrik kah ibu ?... tiada siapa yang mampu memberi jawapan???...
kecuali kita sahaja... melayan perasaan agar ia tidak terus leka dan terluka... 
menghayutkan lagi perasaan ibu...

meh layan pica comel puteri n putera kaseh kami...






 terasa cepat masa berlalu...
mereka sudah membesar ...
dihadapan mata ibu...
terasa lengkap sudah kehidupan kami...
ngan kehadiran mereka...
pelengkap segala kekurangan kami...
harta yang bakal diwarisi pelbagai generasi mendatang...



kenkadang ibu terfikir ...
cukupkah... atau sempurnakah kehidupan mereka???...
ibu akui ... agak sukar untuk ibu merealisasikan kesempurnaan yang benar2 sempurna...
tapi ibu cuba untuk membuat ia lebih sempurna dimata ibu...
walaupun ibu x mampu menyempurnakan dari segi wang berjuta...
ckup sekadar yang termampu ibu lakukan ikut acuan ibu tersendiri...
kerana klahiran mereka dari acuan kaseh teratak kami...
dan ibu rasa ckup senang sekali kerana hingga sekarang...
walaupun kenkadang ibu menghadapi kesempitan wang...
namun alhamdulillah Allah sentiasa memberi ruang pada kami...
memberi jalan agar ia tidak tertutup dari terus mencari... dan terus mencari ...
tanpa meminta dari mereka... mereka... kecuali masalah2 tertentu...
tapi bukan dari segi mkn pakai (keperluan seharian) ...
kerana mereka sudah cukup susah membesarkan kita pada era mereka...
n Tuhan memberi kita ruang untuk merasai apa yg mereka telah rasai...
itulah nama asam garam kehidupan...
kini... baru ibu kenal beza seorang isteri, ibu dan anak...
berlari sebagai seorang pelarian... n terus mjadi pelarian...
mencari n terus mencari...
okla... sblm tu ibu nak mintak maaf sekiranya citer ibu nie membuatkan pembaca meluat n terasa hati...
coz... ini citer ibu... perasaan hati ibu...
yang x mampu ibu biaskan melalui mulut tapi ibu nak perapkan disini...
supaya bila ibu membacanya kelak...
ibu akan mudah menginsafi diri...

Thursday 6 October 2011

UPDATE YANG TERGENDALA...





Awal pagi nie kak long pi skolah ngan berpakaian tema jubah...
sama ngan mok su n adik...
sejuk mata memandang...
leh kerana itu jugalah ibu kekalutan dipagi hari..
ngan tangki minyak kete plak dah menunjukkan ke penunjuk arah WARNING
semakin menyesak pemikiran ibu... so pagi nie tiada bekalan pagi untuk anak2 ibu...
kak long makan kat tadika jela nyeh...
adik plak makan kat umah ummi jer...
balik karang ibu masak cedap2 ok...
cayala anak2 ibu...

meh layan pica masa sambutan hari raya kat opis ibu baru nie...

























Walaupun mmg dah agak basi citer nie...
nak jugak tayang...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...