Tuesday 27 December 2011

Sejenak aku disini...




Assalamualaikum wat semua insan2 yang ibu sayang... ibu nak ambil sedikit kesempatan harini untuk meluahkan isi hati ibu... terasa tercalar hati ini biler mendengar pengakuan hati kecil dari seorang yang bergelar ibu... Tersentuh hati ini... cukup menyentuh perasaan ini... sehingga x mampu aku menahan ngantuk yang masih bersisa... kerana melihat wajah sayu menahan balada dunia...
mampukah ia bertahan... hati ibu mana yang mampu menolaknya... bila mana ada insan lain yang cuba menguris hati kecil anaknya... begitu tercalar... kerana akupun sorang ibu... aku jua mengerti perasaannya... tapi... perlukah ianya terus berlaku... ada tak dalil2 mengatakan boleh mengungkiri perjanjian amanat itu... Bila difikirkan adalah tidak wajar kami bersifat sedemikian rupa kerana manusia yang menepati janji... jangan manusia2 itu takut atau ragu2 kerana adik beradik telah mencapai kata sepakat memberi... tiada sedikitpn perasaan curiga.... pernah jugak ibu menerima pandangan mereka2 yang ingin menolong... mereka menyarankan kami menilaikan tanah tersebut dengan nilaian sekarang... tapi kami tidak pernah menyetujui saranan mereka... kerana apa?... sebab apa?... sebabnya kami sendiri tahu kedudukan dimana sekarang...
dan mak n abang telah berulang kali turun naik kuantan wat pertukaran nama... namun masih belum mendapatkan hasilnya.... bukan mereka tidak tahu... aku rasa mereka jua turut bersama dalam kes tu... jangan mudah menuduh... sekiranya tidak tahu hujung pangkalnya... sedar x mereka... betapa sukarnya mak untuk diusung kesana kesini mengharapkan owang dok bawak... kenkadang aku fikir... adakah mereka mmg BODOH atau mmg buat2 BODOH... kerana RM1500.00 tu... sekiranya aku tahu dari mula nilaian tuntutan mereka hanya RM1500.00 sudah lama aku menjelaskannya... x perlu untuk masa yang panjang... tapi seperti mana yang aku perkatakan dari awalan tadi... adakah ia semudah itu???... Sekiranya diikutkan dari segi mata duitan kami adik beradik... mmg la..la... nie kami bayor... jangan ingat kami sengkek sangat... sehingga semudah itu mereka memperkotak katikkan kehidupan kami... atau mereka mempunyai agenda dgn tanah tersebut... memandangkan nilaian yang tinggi dimasa sekarang... itu sudah aku akuinya... kerana telah diberi tahu sedari awal akan nilaiannya sekarang...

Wahai Bondaku...
Sabarlah... sekiranya sudah itu nasibnya... kita redhakannya ia berlaku... dan sekiranya mereka ingin bertindak kekerasan... maka dengan kekerasan jugalah kita menyatakan... seharusnya kita lebih sedikit kehadapan memainkan peranan... kerana kita lihat permainan mereka sudah bermula... dan kita harus ikut permainan dan gerak langkah mereka... sepatutnya kita seharus sepakat... berhadapan diantara satu sama lain... itu yang sepatutnya... bukan begini... insyaallah... sekiranya kita berada ditempat yang benar... maka benarlah jadinya... tiada siapa yang dapat menyangkal setiap kententuan dariNya... Amin...
semoga tuhan sentiasa memudahkan setiap perancangan umatnya...

Bondaku...
Tidak ku tahu begini kesudahannya... kerana harta saudara jadi musuh...
apa2pn boleh jadi...

Lihatlah insan ini...
Nampak Happy diluaran sekadar mengaburi mata orang...
namun dihati x siapa yang tahu...





kay bye... ai nak gie solat dulu...
sehingga berjumpa lagi...

Friday 11 November 2011

Comei tak mereka??... opsss!!! saya ler...... saya nak jugak!!!...





salam tgah malam... ibu masih bersiaran... leh kerana masih lagi liat nak tido... hihihi
sbenornya mata nie mmg nak pejam dah tapi ibu nak publish satu alkisah anak ibu sebelum acara sukaneka tu... sehari seblum acara sukaneka punya citer daaa... baru nak citer ker?... 
sebelum tu wajib tayang gambo ibu yang cute nie dulu...

dan acara mengedik kembali mgamit...
hobi ibu n anak sama naik...

 <>
<<>>
<<<>>>>
<<<<<<<>>>>>>
<<<<<<<<>>>>>>>>>>
<<<<<<>>>>>>>
<<<<<<>>>>>
<<<>>>
<<>>
<>
><
nak tau tak apa citernya
meh tgok kat bawah nie...
siap nak pakai lipstik!!!!...
katanya rini kak long ada rakaman gambo...
maknanya persekolahan kak long di tadika kemas akan berakhir
dan kak long akan ditempatkan ke skolah pra plak...

 Ibu cepat ler... nanti make-up kak long cair!!!...
mak aihhhh!!!
kemain lagi dier...


Alalalalla...lalala... sayapun nak masuk jugak dalam ini citer....
tak aciler asyik citer pasei kak long jer...
see... gigi saya cantekkkk tak??..
GIGI saya kuat Macam????
HARIMAU!!!!!!

 EICHHHH!!!! x bleh jadi nie.. ibu pun nak jugak....
argggghhhhh!!!! ermmmm... masukpn pica ibu....
n
satu lagi...
 mmg gedikkan anak beranak nie...



LAWATAN SEKOLAH KAK LONG KE 2 DESTINASI...

salam sayang untuk kalian... lama ibu x bebel kat blog kesayangan ibu nie... teramat ler merindui... sekarang nie, ibu tengah mencuri sedikit masa rehat ibu... beseler ari jumaat ari rehatnyer teramat ler panjang... x ler panjang manapun... tapi selalunya ibu waku rehat penuh ngan aktiviti menyiapkan keje yang tak pernah surut... baru jer nak surut dah sampai lagi fail baru... tatau ler smpai kapan baru nak surut... hihihihi... beseler... namakan kejekan... so wajibler laksanakannya dengan sebaiknya... insyaallah... kita hanya manusia bese yang kenkadang sering lalai dan mudah lupa dari mana asalnya kita... waduhhhhh...doii...doi... awat melalut nie... eiccecehhhh... kay ler ibu nak citer kisah semalam...citer Hari Sukaneka dan Lawatan Sekolah Anak Ibu... So smlm ibu n mok su sesama kena amik cuti daaaa... waaacaaa... meh layan pica comel ibu n anak yang mmg suka mengedik...

First sekali kami pegi mengedik ke Gunung Lang dengan menaiki kuda... gluuurppp!!! kuda... K...U...D..A...
bukan kuda tapi seangkatan dengannya ler... coz dapat driver yang teramat ler kerek... Perggghhhh!!! cian kat cikgu seha yang asyik kena marah ngan driver yang kerek tu... bukannya x bayor... eksyen plak!!! benci btoi... dah ler dtg lambat daripada jadual sepatutnya... abis.... janji keling... oppsss!!! sorryyy pada yang terbaca blog ibu yang berbangsa india... ibu x bermaksud nak mengutuk bangsa kalian tapi ibu mmg x patut btoi ler driver tu... pok...pet...pok...pet... ada jer yang x kene dari pandangan mata dier... beseler bas masuk kawasan kampung.... masa lawatan tu kami pegi dua biji bas... 4 kelas semuanya... Tabika SPPK, Tabika Cempaka Sari... Beseler nak masuk ke jalan cempaka sari tu mmg ler kecik... lagipun mmg kawasan perkampungan Tersusun... eiiii... teramatler tidak berpuas hati....

meh ler kita sejukkan ati ibu nie ngan menatap pica gediks ibu... waaaacaaa...



Aduyai..... seksa btoi ler nak upload gambo kat opis nie... nak wat camnerkan... nak xnak terima je lah... klu nak harap nak upload kat umah jenuh nak tggu ler... teramat ler malas...


tomei tak!!!




comei tak saya!!!!
ajer prasan jer kan...






 Cian kat anak2 ibu... lagi kesian kat adik... bukan ibu tamau bawak dier... kalau ayah pi mmg ibu nak bawak... coz adik hanya akan makan saman biler ayahnya ada bersama.. klu nak harap ibu alamatnya darah tinggi ibu bikin naik ke angka 200... dah ler cuaca agak panas terik... sabar nyeh adik, pasni kita paksa ayah pi nyah... ibu pun x pueh pi nie...



 mula2 pi ngan ibu kak long tamau naik kuda nie... tu yang ibu gedik nak naik kuda tu... hihihihi...











okler ... ibu nak tido ...
sok ibu kena pi skolah kak long... 
ada buat taklimat untuk kemasukan prasekolah untuk tahun hadapan ...
ermmmm... anak ibu dah semakin membesar rupanya...
cepatnya masa berlalu...


Tuesday 8 November 2011

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT




Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.
Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

 

Monday 7 November 2011

kisah Cinta...




Jangan lupa untuk tekan butang Share selepas anda baca ♥

-Kisah Nobita dan Shi...zuka- Insaf selepas baca

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..


Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu???

Sizuka : Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan…kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ……

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

Monday 24 October 2011

ARINI TERPAKSA EL...




Alahai rini ibu terpaksa ambil EL... sbenornya sayang nak ambik cuti... cuti ibu pun dah nak abis... ermmmm... 
klu nak suh ayah ambik cuti payah plak... ibu plak rungsing plak nnti ayah asyik tepon ibu... lebih baik ler ibu ambik cuti untuk ari permulaan nie... biarlah tgn ibu yang merawat penyakit anak ibu itu dipermulaan serangan... owang kata sebelum mjadi parah baik kita ambil langkah berhati2... supaya penyakit x smakin melarat... 

Tapi anak ibu nie mmg kuat... perangai siapa ler yg diwarisi olehnya... siapakah lagi ler... smua segala GEN ayahnya melekat kat anak ibu nie... tapi alhamdulillah... ibu bersyukur sgt... dah nampak perubahan pada diri anak ibu nie... tak sia2 ibu ambik cuti arini... 

Tapi cian plak kat Cik Pn. Sally ibu tu... mana taknya... dahler x sihat terpaksa plak pikul sparuh daripada tnggungjawab ibu kat pjbt tu... ibu suruh buat yang urgent jer... maksud ibu klu ada pergerakan dan cuti pegawai jer... yat len tu x pyah dok tgok... bikin sakit Cik Puan Sally ibu bertambah plak... dah ler baru bangun dari demam... terpaksa plak berhadapan ngan TANGGUNGJAWAB owang len plak... x sampai hati plak ibu biler dok kenangkan keadaan dier skang nie... klu ikut yang wat bhg kitorang nie ada 4 orang tapi dier sorang jer yang boleh ibu mtak tolong... yat len tu smuanya bermuka2 jer... ibu x suker... x suker... pasai yang buat mykad tu patutnya keje nie ibu kena settle kn ngan en. amir tapi dier wat tatau jer... padahal melibatkan insp. jugak... teramat benci... benci... dan benci...nnti klu dah dapat dari daerah... trus ibu nak bagi kat dier jer... keje dier dah ckup snang sgt dah.... daerah dah key-in cuti dalam hrmis... rasa dah x byk nak masuk cuti... ibu punya lagi melambak nak masuk cuti dalam HRMIS... entah biler ler ibu bleh nak sentuh cuti tu... x buat takut plak pegawai call tanya pasai balance cuti tnggal baper?... GCR ada baper?... sapa nak jawab???... aku jugak!!!!...

Cik Pn. Sally.... 
ibu mintak maaf untuk arini nyeh... 
n ujung bulan 11 nie pun ibu nak mtak maaf awal2 jugak kerana terpaksa menyusahkan cik pn sally lagi.... 
meh pandang putera ibu nie... 
kasi sikit cair ati U tu... 
huhuhuhu...

tomei tak saya!!! nyehhhhh!!!!
mama kata saya tomei... muaahhhh... opahhhhh!!!! hihihihi...




Thursday 20 October 2011

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU...?




Nikmatilah Percintaan itu... dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~

Satu ketika kau bertanya..
.......................
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia
.........................
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya
..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
............................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..
............................
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar
.............................

sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)
.............................
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..
...............................
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang
Satu ketika aku menjawab...
"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"
Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..
................................
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?
.................................
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..
Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu
Sudikah kamu wahai .....................?
Aku percaya..kau masih sudi..
"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"See more



Wednesday 19 October 2011

BILA PEREMPUAN MENANGIS


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan ...menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda....
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...